Diseases & ConditionsRelationships & Family

Kesan Diabetes Terhadap Kesihatan Seksual Wanita

Pesakit kencing manis wanita juga mengalami masalah seksual yang sama dengan lelaki, hanya “diterjemahkan” ke organ kelamin yang berbeza.

“Wanita menghadapi senario yang sama – mereka sukar terangsang atau teruja, ada sedikit atau tidak ada aliran darah ke alat kelamin, kehilangan sensasi, dan mereka merasa agak kering.

“Jadi, jika hubungan intim dibuat, mereka akan merasa sakit,” kata Dr. Ismail.

Seperti lelaki, tahap testosteron yang lebih rendah akan menjadikan mereka lebih mudah letih dan mengurangkan keinginan seks mereka.

Pesakit kencing manis wanita juga lebih cenderung untuk mendapat jangkitan yis yang dikenali sebagai thrush, disebabkan peningkatan tahap glukosa darah yang menggalakkan jangkitan ini, dan juga sistem imun mereka yang lemah.

Sebab utama jangkitan ini adalah oleh Candida albicans, yang tumbuh subur dalam bahagian badan yang hangat dan lembab, seperti vagina.

Simptom yang paling umum dalam jangkitan ini adalah keputihan, kesakitan dan gatal-gatal di sekeliling vagina dan vulva, dan ketidakselesaan atau kesakitan ketika bersetubuh atau buang air kecil.

Walau bagaimanapun, Dr. Ismail mengatakan bahawa kebanyakan wanita Malaysia melihat seks lebih kepada menggembirakan pasangan mereka dan untuk menghasilkan anak, bukan untuk keseronokan mereka sendiri.

Seks, bagi wanita, dia menambah, juga lebih emosi dan mental. “Mereka perlu berasa yakin, selamat, dan dalam mood untuk bercinta. Mereka mesti merasa terbuka dan berhubung dengan pasangan mereka, ” katanya.

Oleh kerana itu, pesakit kencing manis wanita juga kurang kesedaran untuk mengadu tentang simptom disfungsi seksual yang mereka hadapi .

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close